Keganasan Polis di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keganasan polis merujuk kepada penggunaan kekerasaan yang berlebihan oleh pegawai polis terhadap mangsa yang dianggap melampaui tahap yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan, mengelakkan kecederaan, atau mengawal situasi.[1]

Keganasan polis boleh berlaku atas beberapa faktor tertentu seperti (1) Keadaan Mental Pegawai Polis yang Terlibat dan (2) Struktur Organisasi Jabatan Polis. Faktor keadaan mental pegawai polis boleh dikaitkan dengan pengalaman pegawai polis seperti Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)[2] yang disebabkan oleh kejadian yang berlaku semasa bertugas. Lain daripada itu, faktor struktur organisasi jabatan polis secara amnya boleh disebabkan oleh polisi yang wujud dalam jabatan berkenaan. Sebagai contoh, jika jabatan memperuntukkan bahawa pegawai polis tidak mempunyai had dalam kegunaan kekerasaan, kecenderungan pegawai polis untuk menggunakan kekerasan yang keterlaluan akan meningkat.

Kes-kes Keganasan Polis di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kes V. Mugilarasu[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2020, seorang lelaki bernama V. Mugilarasu, 35 yang ditahan atas tuduhan dadah meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh kira-kira pukul 6pm. Beliau dikatakan rebah dalam sel penjara selepas mengeluh bahawa dadanya sakit. Walau bagaimanapun, kematiannya hanya dimaklumkan kepada keluarganya pada pukul 11pm.[3]

V. Karunakaran Pillai, abang kepada Mugilarasu mengesyaki sebarang perbuatan keji dalam sel penjara kerana adiknya tidak mengeluh pasal kesihatannya apabila mereka sedang dalam panggilan telefon beberapa jam dahulu. Karunakaran semakin curiga apabila menyedari kesan lebam di muka, bengkak pada lengan dan darah di mulut semasa mengenal pasti mayat adiknya.[3][4]

Walaupun menemui kecederaan atas mayat, jabatan penjara Sungai Buloh mengatakan bahawa Mugilarasu meninggal dunia melalui serangan jantung yang dihadapi dalam sel penjaranya.[5] [4]

Kes P. Karuna Nithi[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2013, Karuna Nithi yang ditahan di ibu pejabat polis Tampin pada 28 Mei 2013 ditemui mati dalam lokap. Berdasarkan Koroner Jagjit Singh, Karuna yang merupakan seorang jurutera, dikenal pasti mengalami 49 kecedaraan di seluruh badan terutamanya lebam.[6]

Sehubungan dengan itu, pada 28 Januari 2015 iaitu 2 tahun selepas kematian Karuna, Mahkamah Khas Koroner dan Singh memutuskan bahawa kematian beliau juga disebabkan oleh kegagalan ibu pejabat polis Tampin untuk menyediakan bantuan kesihatan yang diperlukan dan menghentikan tahanan lain daripada mendera mangsa yang berada di dalam lokap sama.[6][7]

Kes Dharmendran Narayanasamy[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2013, Dharmendran Narayanasamy yang ditahan atas tuduhan melibat dalam rusuhan di Cheras dengan 3 orang yang lain, meninggal dunia di ibu pejabat polis Dangi Wangi. Namun begitu, hanya Dharmandran yang ditahan selama lima hari lebih.[8]

Dua hari selepas kematian beliau, isteri kepada Dharmendran iaitu Marry menerima panggilan telefon yang memaklumkannya bahawa suami meninggal dunia atas sebab serangan asma dan CID Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menyatakan bahawa Dharmendran meninggal dunia akibat masalah pernafasan.[8]

Kenyataan-kenyataan yang bertindih ini telah dibongkar oleh Dr. Siew Sheue Feng, seorang pakar patologi yang menyatakan bahawa kecederaan Dharmendran adalah disebabkan oleh pukulan yang berulang kali sampai wujudnya 52 kecederaan yang berbeza. Namun begitu, Mahkamah Tinggi turut membebaskan 4 pegawai polis yang dikatakan terlibat dalam kematian Dharmendran tetapi keputusan tersebut ditarik balik disebabkan oleh rayuan yang dibuat oleh Marry.[8]

Implikasi & Langkah Seterusnya[sunting | sunting sumber]

Kejadian-kejadian seperti V. Mugilarasu dan P. Karuna Nithi telah mewujudkan satu bandingan dengan kes keganasan polis antarabangsa seperti kematian George Floyd di Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana kes George Floyd telah mencetuskan satu tunjuk perasaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia tetapi rakyat Malaysia sedar bahawa negara sendiri juga mempunyai masalah keganasan polis yang serius.[8]

Salah satu langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah ialah bil IPCMC yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan operasi dan pengurusan polis demi mengawal apa jua tindakan seperti keganasan terhadap mangsa dan kematian dalam tahanan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Root, Carl (2015). "Police Brutality". The Encyclopedia of Crime & Punishment – melalui ResearchGate.
  2. ^ E. Van Vorhees, Elizabeth (2016). "Posttraumatic Stress Disorder, Hostile Cognitions and Aggression in Iraq/Afghanistan Era Veterans". Psychiatry. 79: 70–84 – melalui National Library of Medicine.
  3. ^ a b Perimbanayagam, Kalbana (4 Julai 2020). "Man dies at Sungai Buloh Prison; family alleges foul play". New Straits Times. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  4. ^ a b Ram, Sadho (5 Julai 2020). "Prisons Department Claims The Death Of 35-Year-Old Mugilarasu Was Caused By A Heart Attack". Says. Dicapai pada 17 Jun 2020.
  5. ^ Asyraf, Faisal (5 Julai 2020). "Prisons Dept claims Mugilarasu died from a heart attack". Malaysiakini. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  6. ^ a b Kumar, Nantha (27 Februari 2019). "Mati dalam tahanan: Keluarga minta buka semula kes". Malaysiakini. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  7. ^ "Tahanan mati akibat 49 kecederaan - Koroner". Berita Harian. 28 Januari 2015. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  8. ^ a b c d e Dorall, Anne (4 Jun 2020). "Indian Malaysians Are Over-Represented In Police Custody Deaths". The Rakyat Post. Dicapai pada 17 Jun 2023.